4 Jun 2011 ( Sabtu ) – Kontinjen NAZIM Perak telah turut serta dalam mahrojan NAZIM Kebangsaan 2011. Kontinjen Perak sangat istimewa kerana ia merupakan zon yang bersendirian tanpa gabungan negeri-negeri lain dan telah  bersaing dengan Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Timur. Zon Perak juga telah menghantar wakil dalam setiap acara yang dipertandingkan iaitu bercerita dan pidato perempuan,nasyid lelaki dan perempuan dari kawasan Ipoh. Dikir barat, pidato dan bercerita lelaki, hafazan lelaki tahap 1 dan 2 dari Perak Tengah manakala hafazan tahap 1 perempuan dari kawasan Grik. Keseluruhan peserta Perak berjumlah 41 orang diiringi oleh 10 orang pengiring dan ibu bapa.

 

 

Peserta bertolak ke Putrajaya pada 3 Jun dengan bas dan beberapa buah kereta. Penginapan telah disediakan oleh ISMA Pusat berdekatan Pejabat ISMA DHL, Bangi dan sebahagian menginap di rumah Komuniti Putrajaya di Presint 18.

Pihak Wanita ISMA Perak dan NAZIM Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan bagi mereka yang kurang bernasib baik boleh berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ISMA, Perak yang memberi sokongan terutama dari segi kewangan serta sekalung penghargaan kepada ibubapa yang sangat memberi kerjasama dan sokongan sepanjang latihan dijalankan sehinggalah mahrojan selesai dijalankan. Semoga objektif mahrajan untuk mencungkil bakat anak-anak, mengembangkan potensi, memupuk kerjasama berpasukan, melatih kemahiran bersosial dan membentuk sifat berani serta berketerampilan telah tercapai.

Berikut dilampirkan pencapaian kontinjen NAZIM Perak dalam acara Mahrajan NAZIM Kebangsaan.

BIL NAMA PESERTA PENYERTAAN PENCAPAIAN
1 Suhail Fadzlan Shahidi Bercerita (Lelaki) Naib Johan
2 Aisyah Insyirah Mohd Nizam Bercerita (Perempuan) Johan
3 Suhaib Fadlan Shahidi Pidato  (Lelaki) Naib Johan
4 Hafizatul Afaf Mohd Nizam Pidato  (Perempuan) Johan
5 Muhammad Ameer Rahimi Mohd Amran Hafazan Thp 1  (Lelaki) Saguhati
6 Lubna Aminuddeen Hafazan Thp 1  (Perempuan) Johan
7 Anif Wajdee Ahmad Rushdi Hafazan Tahap 2  (Lelaki) Ke-3
8 Hafizatul Afaf Mohd Nizam Hafazan Tahap 2 (Perempuan) Saguhati
9 Jilul Mansyud Nasyid (Lelaki) Naib Johan
10 Soutun Najah Nasyid (Perempuan) Naib Johan
11 Ar-Ridho Dikir Barat Ke-3