Sunday May 20th 2012

Profil

PENGENALAN

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!

ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya.

ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan.

ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita.

ISMA bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian.

TUJUAN DAN MATLAMAT

Menggabungkan dan menyatukan semua warga negara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Menggembelingkan kepakaran dan pengalaman ahli‑ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.

Mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan.

Menjadi anggota kepada pertubuhan‑pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan‑tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan ISMA serta menerima keanggotaan pertubuhan‑pertubuhan tersebut.

Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan‑pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan kepentingan masyarakat.

Mewujudkan pusat‑pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio‑ekonomi ahli dan masyarakat.

Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat‑maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran‑saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara.

Menerima dan menguruskan sumbangan‑sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli‑ahli ISMA sendiri (selain daripada yuran keahlian) atau daripada mana‑mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan‑tujuan dan maksud ISMA.


 

Leave a Comment

Latest Topics

Wanita ISMA Perak Komited Membina Generasi Soleh Dan Cemerlang

Wanita ISMA Perak Komited Membina Generasi Soleh Dan Cemerlang

Pada 21 April 2012 (Sabtu), Seminar Keibubapaan : Anak Soleh Anak Cemerlang anjuran bersama Biro Wanita dan keluarga [Read More]

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia: Adakah mematuhi syariah?

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia: Adakah mematuhi syariah?

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia edisi 28.01.2012, kerajaan melalui Malaysia Development Holdings Sdn, [Read More]

Recent Comments

Abusyiham had this to say

Assalamu alaikum wrt wbt. Tahniah kepada para peserta dan ibubapa serta ikhwah akhawat ISMA. Read the post

ismaperakdr had this to say

JazakaAllahu khairan kathira diatas teguran. Moga-moga Allah rahmati anda. Read the post

MID had this to say

pembetulan terjemahan surah an-nur, ayat 105. sepatutnya surat at-taubah, ayat 105. Read the post

Popular Topics

Insider

Archives